Free Essay

Protokol

In: Other Topics

Submitted By NaqibahSarah
Words 3860
Pages 16
BAB 3

PROTOKOL PANGGILAN HORMAT

DAN

SUSUNAN KEUTAMAAN PERSEKUTUAN

Pendahuluan

Rujukan Kehormat atau Protokol Panggilan Hormat ialah kata-kata rujukan yang dihadapkan kepada audiens menurut taraf sosial masing-masing. Rujukan kehormat biasanya digunakan dalam sapaan atau panggilan di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi, pada bahan-bahan bertulis seperti buku aturcara sesuatu majlis rasmi, di dalam surat dan di sampul surat.

Sistem Panggilan

Ada beberapa unsur yang membina kesantunan berbahasa dari segi sistem panggilan, iaitu dilihat dari segi pemilihan kata yang sesuai dan berkesan. Unsur-unsur yang tersebut ialah penggunaan kata ganti nama, penggunaan nama gelaran, penggunaan ungkapan rujukan kehormat dan /atau ungkapan rujukan biasa, dan penggunaan sistem atau aturan sapaan. Sistem panggilan dalam bahasa Melayu ialah salah satu unsur bahasa yang utama dalam kesantunan berbahasa. Sistem panggilan merujuk aturan dan pemilihan kata atau ungkapan sapaan atau bahasa sapaan yang sesuai untuk berucap, menyapa, menyebut atau memanggil nama seseorang mengikut kebiasaan dalam sistem sosial dan adat istiadat yang diwarisi dalam masyarakat Melayu secara turun-temurun. Si penyapa dan pesapa: Ada dua komponen utama dalam sistem panggilan, iaitu orang yang terlibat dalam interaksi, dan sapaan yang digunakan untuk panggilan. Orang yang terlibat sebagai si penyapa menggunakan ganti nama diri. Orang yang disapa atau pesapa dilihat dari segi kedudukannya dalam tatatingkat sosial masyarakat. Sapaan pula merujuk kata atau ungkapan yang digunakan oleh si penyapa kepada pesapa secara khusus atau secara am, sama ada dalam bentuk ganti nama diri atau kata gelaran warisan atau gelaran kurniaan, atau seumpamanya. Cara penyapaan: Cara penyapaan, iaitu dari segi pemilihan kata sapaan, dilakukan berdasarkan kedudukan dan status si penyapa berbanding dengan orang yang disapa. Dalam hal ini, ada beberapa pendekatan yang dilakukan, iaitu berlandaskan prinsip bahawa orang yang lebih tinggi kedudukannya dalam masyarakat disapa dengan bahasa sapaan yang lebih halus dan hormat. • Si penyapa yang berstatus golongan bawahan atau biasa menggunakan sapaan umum untuk menyapa orang yang tergolong sama taraf dengannya. Contoh: aku dengan engkau. • Si penyapa yang berstatus golongan bawahan atau biasa menggunakan sapaan yang lebih hormat apabila menyapa orang yang tergolong kelompok sosial yang lebih tinggi daripadanya. Contoh : saya dengan tuan. • Si penyapa dalam mana-mana golongan orang biasa atau rakyat jelata menggunakan sapaan menurut laras bahasa istana apabila menyapa sultan, raja atau keluarga diraja. Contoh: patik atau hamba dengan tuanku atau tengku. Senarai sapaan: Isi kandungan rangkai kata sapaan dan panggilan dalam urusan rasmi dapat dilihat dalam dua kategori, iaitu (i) cara sapaan bagi peringkat raja dan raja perempuan, dan (ii) cara sapaan bagi peringkat bukan raja, iaitu golongan orang-orang besar dan orang kebanyakan. (Amat Juhari Moain, 1989:107-109): Contoh bagi peringkat raja (laras bahasa diraja) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta`in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri`ayatuddin Al-Mu`adzam Shah.
Analisis:
1. Kata pembuka rujukan kehormat (Kebawah), 2. Rujukan kehormat (Duli Yang Maha Mulia), 3. Rujukan kehormat tambahan (Seri Paduka Baginda), 4. Gelaran jawatan (Yang di-Pertuan Agong), 5. Gelaran raja (Sultan), 6. Gelaran keagamaan (Haji), 7. Nama atau isim (Ahmad Shah), 8. Gelaran bahasa Arab – laqab (Al-Musta`in Billah), 9. Nama dan gelaran bahasa Arab bagi bapa ( Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri`ayatuddin Al-Mu`adzam Shah).
Sapaan dan panggilan kepada golongan bukan raja (laras bahasa umum halus) mengandungi maklumat-maklumat tersusun yang berikut: 1. Rujukan kehormat, 2. Gelaran warisan, 3. Gelaran kurniaan, 4. Pangkat atau jawatan, 5. nama peribadi yang lengkap, dan 6. Gelaran dalam bahasa Arab atau laqab nya.
Sistem Penggelaran
Dalam sistem penggelaran, kita boleh menggolongkan jenis-jenis gelaran ke dalam lima kelompok besar yang berikut: (i) Gelaran warisan atau keturunan. Contoh: Tengku. (ii) Gelaran anugerah atau kurniaan. Contoh: Tan Sri. (iii) Gelaran dalam sistem kekeluargaan. Contoh: Pak Long. (iv) Gelaran pergaulan biasa. Contoh: Cik. (v) Gelaran pergaulan formal. Contoh: Tuan. PERHATIAN

Anda perlu mengetahui kesemua gelaran tersebut kerana nama gelaran yang berbagai-bagai itu memerlukan cara sapaan yang berbeza-beza pula, iaitu cara menggunakan rujukan kehormat atau rujukan sapaan biasa yang sesuai dengannya dalam konteks kesantunan berbahasa.

Gelaran Warisan

Gelaran Warisan atau Keturunan: Ada empat kategori gelaran warisan atau keturunan, iaitu yang berikut: [pic] Gelaran warisan diraja. [pic] Gelaran keturunan pembesar. [pic] Gelaran keturunan nabi. [pic] Gelaran warisan luar.

Gelaran warisan diraja merujuk kepada gelaran-gelaran yang dimiliki dan diwarisi oleh raja yang memerintah atau kerabat diraja tersebut. Antaranya termasuklah Raja, Tengku, Tunku, Pangeran, Engku/Ungku , dan Cik Wan. Perhatikan: [1] Raja Mohar bin Raja Badiozaman. [2] Tengku Wok Abdullah bin Tengku Din. [3] Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.

Gelaran keturunan pembesar merujuk kepada gelaran-gelaran yang dimiliki dan diwarisi oleh orang yang berketurunan orang-orang besar atau orang bangsawan. Antaranya: Megat, Puteri, Meor dan Ma, Nik, Wan, Abang, Datu, Awangku, Pangeran, Dayangku, Tuan, Tan dan Tun. Perhatikan: [4] Pangeran Badaruddin bin Matusin. [5] Engku Muhsein bin Abdul Kadir. [6] Ungku Abdul Aziz. [7] Megat Ahmad Supian bin Megat Uda. [8] Puteri Haslina binti Megat Hassan. [9] Meor Hashim bin Meor Hassan. [10] Nik Mohd. Akbar bin Nik Mat. [11] Dayangku Intan Mastura binti Pangeran Hasbullah. [12] Tuan Fatimah binti Tuan Kamaruzzaman.
Gelaran keturunan nabi merujuk kepada gelaran-gelaran bagi orang yang dipercayai berasal daripada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. Antaranya : Syed atau Sayid, Syarifah, dan Syarif. Selain itu, terdapat gelaran Syekh (Sheikh) dan Siti. Perhatikan: [13] Syekh Othman bin Syekh Salim. [14] Sayid Muharram bin Sayid Barakhbah. [15] Syarifah Mastura binti Syed Yahya. [16] Siti Halimah binti Syekh Zahir.
Gelaran warisan luar merujuk kepada gelaran-gelaran yang berasal dari luar Malaysia. Antaranya termasuklah Raden (Jawa, Palembang), Daeng (Bugis), Sidi dan Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh). Perhatikan: [17] Teuku Iskandar. [18] Raden Mas Ayu. [19] Sidi Abdul Salam Sidi Abdul Salim. [20] Daeng Abdullah Daeng Ali.
Catatan: Setiap satu nama gelaran warisan perlu disapa dengan menggunakan ungkapan rujukan kehormat tertentu.

Protokol Panggilan Hormat (Rujukan Kehormat)

Protokol ialah peraturan-peraturan yang telah diterima umum dan diamalkan dalam upacara-upacara rasmi di peringkat negara serta dalam hubungan antarabangsa. Protokol adalah penting untuk mengendalikan majlis-majlis rasmi bagi memastikan urusan berkaitan dengan status sosial masyarakat dikendalikan dengan betul.

Dalam berkomunikasi, antara protokol yang perlu diamalkan dalam kehidupan harian ialah berkaitan dengan bahasa sapaan, bahasa istana, adab berbual, susunan keutamaan dan yang paling penting ialah panggilan hormat atau rujukan kehormat.

Panggilan hormat atau rujukan kehormat ialah kata-kata rujukan yang dihadapkan kepada orang-orang tertentu menurut taraf sosial masing-masing. Panggilan hormat biasanya digunakan dalam sapaan atau panggilan di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi, pada bahan-bahan bertulis seperti buku aturcara sesuatu majlis rasmi, dalam surat dan di sampul surat.

Ini bermakna, panggilan hormat bukan sahaja perlu digunakan dalam upacara rasmi negara dan dalam hubungan antarabangsa, malah perlu juga digunakan ketika berkomunikasi dalam pelbagai situasi rasmi di peringkat jabatan atau organisasi.

Panduan penggunaan protokol panggilan hormat adalah berasaskan beberapa gelaran seperti berikut : i. Gelaran Diraja ii. Gelaran Turun-temurun/Warisan iii. Gelaran Kurniaan Darjah Kebesaran iv. Gelaran Kurniaan Ikhtisas/Akademik v. Gelaran Keagamaan vi. Yang Dipertua Negeri/Perwakilan Negara-negara Asing

Gelaran Diraja

|Bil |Pangkat/Gelaran |Cara Mengalamatkan |
|1 |Yang di-Pertuan Agong |Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong |
| | |Tuanku |
| |Raja Permaisuri Agong | i. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong |
| | |ii. Tuanku |
|2 |Raja Negeri Perlis Indera Kayangan | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | |Duli Yang Maha Mulia Tuanku………(nama) |
| | |Duli Yang Maha Mulia Tuanku………(nama) |
|3 |Sultan Negeri Kedah Darul Aman | |
| | | |
|4 |Sultan Negeri Selangor Darul Ehsan | |
|5 |Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul| |
| |Khusus | |
|6 |Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan |Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan……..(nama) |
|7 |Al-Sultan Negeri Kelantan Darul Naim |Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku…(nama) |
| | |ii. Tuanku |
|8 |Sultan Negeri Terengganu Darul Iman |Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan………(nama) |
|9 |Sultan Negeri Johor Darul Takzim |Duli Yang Maha Mulia AlMutawakkil Alallah………(nama) |
|10 |Sultan Negeri Pahang Darul Makmur |Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan…..(nama) |

Gelaran Diraja bagi Raja Muda Negeri, Raja Di-Hilir dan Undang

|Pangkat / Gelaran |Cara Mengalamatkan |
|Raja Muda Negeri Perlis, Kedah, Selangor, Perak, Terengganu, dan|Duli Yang Teramat Mulia Tuanku |
|Johor. | |
|Raja Muda Negeri Pahang dan Kelantan |Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku |
|Raja Di-Hilir Perak |Duli Yang Amat Mulia Tuanku |
|Undang Negeri Sembilan |Yang Amat Mulia Undang |

Gelaran Turun-temurun / Warisan

|Gelaran |Cara Mengalamatkan |
|Anak-anak raja atau kerabat diraja paling kanan |Yang Amat Mulia |
| |(Y.A.M) |
|Individu lain yang bergelar Tengku, Tunku, Raja |Yang Mulia |
| |(Y.M) |
|Syed, Engku, Raden, Daeng, Datu, Nik, Wan, Megat, Puteri, Meor. |Yang Berbahagia |
| |(Y. Bhg) |

Gelaran Kurniaan Darjah Kebesaran

|Pangkat / Gelaran |Cara Mengalamatkan |
|Tun dan Toh Puan (tidak menjadi Wakil Rakyat/ tidak menjadi |Rakyat Biasa: |
|Senator) |Yang Amat Berbahagia |
| |(Y.A. Bhg.) |
| |Kerabat Diraja: |
| |Yang Amat Mulia |
| |(Y.A.M) |
|Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Patinggi, Datin |Rakyat Biasa: |
|Patinggi, Datuk, Datuk Amar, Datin, Datin Paduka. |Yang Berbahagia (Y.Bhg.) |
| |Kerabat Diraja: |
| |Yang Mulia (Y.M) |

Gelaran Kurniaan Ikhtisas

Terdapat tiga kategori gelaran kurniaan ikhtisas: 1. Gelaran kepada mereka yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi pilihanraya seperti Perdana Menteri, Menteri dan Wakil Rakyat. 2. Gelaran kepada mereka yang dilantik ke jawatan awam dalam perkhidmatan kerajaan Malaysia seperti Pengarah, Pengurus, Pegawai Daerah dan lain-lain. 3. Gelaran kepada mereka berdasarkan pencapaian akademik seperti Profesor Diraja, Profesor Emeritus, Profesor, Profesor Madya, Insinyur dan Doktor.

Panggilan Hormat bagi Mereka yang Dilantik ke Jawatan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Ikhtisas) melalui Sistem Pilihanraya / Berkhidmat dengan Kerajaan Negeri

|No. |Pangkat/Gelaran |Panggilan Hormat |
|1 |Perdana Menteri Malaysia, Timbalan Perdana Menteri|Rakyat Biasa : |
| |dan Menteri Besar / Ketua Menteri |Yang Amat Berhormat (Y.A.B) |
| | | |
| | |Kerabat Diraja : |
| | |Yang Amat Berhormat Mulia (Y.A.B.M) |
|2 |Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri, |Rakyat Biasa : |
| | |Yang Berhormat (Y.B) |
| |Wakil Rakyat atau ahli/ anggota Parlimen , | |
| |ahli/anggota Dewan Rakyat dan ahli/anggota Dewan |Kerabat Diraja : |
| |Undangan Negeri |Yang Berhormat Mulia (Y.B.M) |
| | | |
| |Ahli/ Anggota Dewan Negara/Senator | |
| | | |
| |Yang Dipertua Dewan Rakyat/ | |
| |Yang Dipertua Dewan Negara/ | |
| |Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri | |
| | | |
| | | |
| | |Rakyat Biasa : |
| | |(Dalam sidang) : Tuan Yang Dipertua |
| | |(Luar sidang) : Yang Berhormat |
| | | |
| | |Kerabat Diraja : |
| | |Yang Berhormat Mulia (Y.B.M) |
| | | |
| | | |
| | | |
|3 |Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan Negeri : |Rakyat Biasa : |
| |Setiausaha Kerajaan Negeri |Yang Berhormat (Y.B) |
| |Pegawai Kewangan Negeri | |
| |Penasihat Undang-undang Negeri | |
| | |Kerabat Diraja : |
| | |Yang Berhormat Mulia (Y.B.M) |

Panggilan Hormat bagi Mereka yang Dilantik ke Jawatan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Ikhtisas)

|No. |Pangkat / Gelaran |Panggilan Hormat |
|1 |Ketua Hakim Negara |Rakyat Biasa : |
| | |Yang Amat Arif (Y.A.A) |
| | |Kerabat Diraja : |
| | |Yang Amat Arif Mulia Tengku/ Tunku/ Engku/ Ungku/ Raden/ Datu….. |
| | |Yang Amat Arif Duli Yang Teramat |
| | |Mulia (Y.M) Tuanku ….(gelaran khas untuk Tun Raja Azlan Shah) |
|2 |Hakim/Hakim Besar |Rakyat Biasa : |
| | |Yang Arif (Y.A) |
| | |Kerabat Diraja : |
| | |Yang Arif Mulia Tengku/ Tunku/ Engku/ Ungku/ Raden/ Dato’…… |
|3 |Ketua Turus Angkatan Bersenjata Malaysia |Yang Amat Setia (Y.A.S) |
| |Ketua Turus Angkatan Darat |Yang Amat Setia Jeneral/ Leftenan Jeneral/ Mejar Jeneral …… (gelaran, |
| | |nama) Ketua Turus Angkatan Darat |
| |Ketua Turus Angkatan |Yang Amat Setia Laksamana Laut/ Laksamana Madya Laut ……. |
| |Laut | |
| | iii. Ketua Turus Angkatan |Yang Amat Setia Komodor Udara/ |
| |Udara |Komodor Muda Udara… |
|4 |Ketua Polis Negara |Yang Amat Setia Ketua Polis Negara.. |
|5 |Pegawai Kanan Polis dan Tentera |Yang Setia (Y.S) |
|6 |Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara, Ketua | |
| |Pengarah, Pengarah, Setiausaha, Pengurus Besar, | |
| |Pengurus, Pegawai Daerah, Penghulu, Orang | |
| |Kaya-kaya, Sidang, Pengetua, Guru Besar dan | |
| |lain-lain. |Yang Berbahagia (Y.Bhg) |
|7 |Pengerusi Majlis |Yang Mulia Pengerusi Majlis |

Panggilan bagi Mereka yang Mempunyai Gelaran Berdasarkan Pencapaian Akademik

|No. |Gelaran/Pangkat |Cara Mengalamatkan |
|1 |Profesor Diraja, Profesor Emeritus, Profesor, | |
| |Profesor Madya, Insinyur, Doktor. |Yang Berbahagia (Y.Bhg) |

Gelaran Keagamaan

Gelaran keagamaan diberi kepada tokoh-tokoh di dalam bidang agama seperti Mufti, Kadi, Imam, Ustaz, Ustazah, Haji dan Hajah.

|No. |Pangkat/Gelaran |Cara Mengalamatkan |
|1 |Mufti |Rakyat Biasa : |
| | |Yang Berbahagia (Y.Bhg) |
| | |Sahibul Samahah atau Sahibul Al-Samahah (S.A.S) |
| | |Kerabat Diraja : |
| | |Yang Mulia |
|2 |Kadi |Yang Arif (Y.A) |
| | |ii. Sahibul Fadhilah (S.F) |
|3 |Haji/ Hajah/ Imam/ Ustaz/ Ustazah/ Alim Ulama |Rakyat Biasa : |
| | |Yang Berbahagia (Y.Bhg) |
| | | |
| | |Kerabat Diraja : |
| | |Yang Mulia (Y.M) |

Yang Dipertua Negeri/ Perwakilan Negara-negara Asing

|No. |Pangkat/Gelaran |Cara Mengalamatkan |
|1 |Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah | |
| |dan Sarawak |Tuan Yang Terutama (T.Y.T) |
|2 |Duta Besar, Duta, Pesuruhjaya Tinggi, Konsul, dan | |
| |pemimpin-pemimpin asing lain yang bukan raja. |Tuan Yang Terutama (T.Y.T) |

Peraturan Sapaan

Panggilan hormat dalam majlis rasmi atau upacara rasmi yang dihadiri bersama oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja atau Sultan, seseorang pengucap mesti menyapa Kebawah Duli Tuanku terlebih dahulu. Selepas itu barulah orang lain mengikut urutan protokol dan Susunan Keutamaan Persekutuan.

Pada awal ucapan atau semasa bertukar daripada satu tajuk kepada satu tajuk ucapan, sapaan yang lengkap terhadap Kebawah Duli Sultan perlulah dilafazkan, iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Walau bagaimanapun, pada bahagian yang lain, cukup dengan ucapan Tuanku atau Ampun Tuanku atau Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun sahaja.

Jika seseorang itu berucap dalam satu majlis yang dihadiri oleh orang ramai dan Kebawah Duli Tuanku turut berangkat hadir menyaksikan majlis tersebut, maka hendaklah disapa Kebawah Duli Tuanku terlebih dahulu dengan menyebut perkara-perkara penting dan bersesuaian kepada baginda. Kemudian, hendaklah memohon sembah izin daripada baginda untuk berucap kepada hadirin yang lain. Ini bermakna Tuanku seolah-olah menjadi pemerhati sahaja. Apabila pengucap mahu menamatkan ucapannya, beliau mesti memohon sembah sekali lagi kepada Kebawah Duli Tuanku dengan menyapa baginda untuk memohon ampun dan izin untuk menamatkan ucapannya.

Dalam majlis yang tidak dihadiri oleh raja atau wakil raja, pada permulaan setiap ucapan, pengucap mesti menyapa terlebih dahulu kepada orang yang paling kanan dalam majlis tersebut, iaitu pengerusi majlis dan tetamu khas yang diundang ke majlis itu. Selepas itu baru disapa orang lain mengikut urutan protokol.

Kaedah Sapaan atau Panggilan Orang yang Mempunyai Satu Gelaran (Warisan atau Kurniaan).

1. Mulakan dengan rujukan kehormat diikuti dengan gelaran dan nama peribadi. 2. Contoh: 1. Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Saleh Sulong (Pengerusi DRB Hicom). 2. Yang Berhormat Datuk Jamaluddin Jarjis (Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia). 3. Yang Arif Datuk Augustine Paul (Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur). 4. Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah (Tengku Mahkota Pahang). 5. Yang Berbahagia Datuk Ahmad Zaki Husin (Ketua Pengarah BPR).

Orang yang Mempunyai Lebih Daripada Satu Gelaran. a) Sekiranya gelaran itu gelaran warisan yang kanan seperti Raja atau Tengku, maka gelaran itu hendaklah didahulukan daripada gelaran kurniaan. Contoh: a. Yang Mulia Tengku Datuk Mahaleel Tengku Arif (Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton Bhd.) b. Yang Mulia Raja Tan Sri Mohar Raja Badiozaman.

c. Yang Amat Arif Raja Tun Azlan Shah (sewaktu menjadi Ketua Hakim Negara.)

b) Sekiranya gelaran itu bukan yang kanan seperti Syed, Meor, Megat, gelaran itu hendaklah dikemudiankan daripada gelaran kurniaan. Contoh: a. Tuan Yang Terutama Tun Sheikh Hamdan b. Sheikh Tahir (Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang). b. Yang Amat Berhormat Dato' Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan). c. Yang Berhormat Datuk Seri Syed Hamid Albar (Menteri Luar Malaysia).

c) Sekiranya kedua-dua gelaran yang dimiliki itu gelaran kurniaan, dahulukan gelaran kurniaan yang lebih kanan. Contoh: a. Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Azizan Zainal Abidin (Pengerusi Petronas).

b. Yang Berbahagia Datuk Dr. Fadzillah Kamsah (Pakar motivasi). c. Yang Berbahagia Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Yaakub (Bekas Ketua Menteri Sarawak). d. Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Amar Wan Mokhtar Ahmad(Bekas Menteri Besar Terengganu).

d) Sekiranya seseorang itu mendapat gelaran yang banyak, sebutkan dan deretkan gelaran-gelarannya. Contoh: a. Yang Berbahagia Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Haji Awang Had Salleh. b. Yang Berbahagia Profesor Puan Sri Dato' Dr. Fatimah Hamidon. c. Yang Berbahagia Profesor Dato' Ir. Ahmad Zaidee Laidin (Naib Canselor UiTM). d. Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato' Dr. Nik Safiah Karim

SUSUNAN KEUTAMAAN PERSEKUTUAN
MENGIKUT WARTA KERAJAAN
JIL: 29 BIL: 20 BERTARIKH 3HB OKTOBER, 1985
(P.U.(B) 456)
____________________________________________

Susunan Keutamaan Persekutuan dalam Jadual Pertama telah diluluskan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan disiarkan untuk makluman umum.

2. Susunan tersebut hendaklah tertakluk kepada catatan dalam Jadual Kedua.
JADUAL PERTAMA
(Perenggan 1)
1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
2. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
3. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Pemangku-Pemangku Raja.
4. Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri.
5. Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan Di Raja daripada Kerajaan Persekutuan.
6. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kehormat - 6A. Bakal-bakal Raja (Y.T.M. Tengku Mahkota/ Raja Muda)
7. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
8. Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N).
9. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N).
10. Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M). Kehormat - 10A. Dato’-Dato’ Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin, Negeri Sembilan.
11. Ketua Hakim Negara
12. Yang Dipertua Dewan Negara
13. Yang Dipertua Dewan Rakyat
14. Ahli-ahli Jemaah Menteri
15. Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi (High Commissioners), Duta-duta Besar (Ambassadors), Menteri-menteri yang Mutlak (Minister Envoys), Pemangku Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi (Acting High Commissioners) dan Kuasa-kuasa Usaha (Charge d’Affaires).
16. Hakim-hakim Besar.
17. Ketua Pembangkang dalam Parlimen. Kehormat - 17A. Y.A.B Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri.
18. Setiausaha Jemaah Menteri/ Ketua Setiausaha Negara.
19. Hakim-hakim Mahkamah Agong.
20. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Timbalan-timbalan Menteri.
21. Setiausaha-setiausaha Parlimen.
22. Peguam Negara.
23. Panglima Angkatan Tentera.
24. Ketua Polis Negara.
25. Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan
26. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Kehormat - 26A. Penasihat Khas kepada Y.A.B. Perdana Menteri
27. Pegawai-pegawai Turus II, III dan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi.
28. Gabenor Bank Negara.
29. Datuk Bandar Kuala Lumpur.
30. Mufti Wilayah Persekutuan.
31. Penyimpan Mohor-mohor Besar.
32. Datuk Paduka Maharaja Lela
33. Ahli-ahli Panglima Mangku Negara (P.M.N)
34. Ahli-ahli Panglima Setia Mahkota (P.S.M)
35. Profesor-profesor Di Raja dan Ahli-ahli Panglima Setia Di Raja (P.S.D)
36. Pengerusi, Jawatankuasa Majlis-majlis Rasmi Kerajaan.
37. Ahli-ahli Dewan Negara.
38. Ahli-ahli Dewan Rakyat. Kehormat - 38A Speaker Dewan-dewan Undang Negeri.
39. Pengerusi-pengerusi Suruhanjaya-suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan.
40. Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi ‘A’ dan Pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannnya.
41. Panglima-panglima Tentera : a) Panglima Tentera Darat b) Panglima Tentera Laut c) Panglima Tentera Udara
42. Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi ‘B’ dan Pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.
43. Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.
44. Wakil Tempatan Bangsa-Bangsa Bersatu (Local Representative of the United Nations).
45. Naib-naib Canselor Universiti-universiti, Pengerusi-pengerusi Badan-badan Berkanun Persekutuan dan Ketua-ketua Pengarah Badan-badan Berkanun Persekutuan setaraf dengan pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi ‘B’. Kehormat - 45A Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan-kerajaan Negeri dan Menteri-menteri Negeri di Sabah/ Sarawak.
46. Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi ‘C’ dan Pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.
47. Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi ‘D’ dan Pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya dan Pengurus-pengurus Besar Badan-badan Berkanun Persekutuan. Kehormat - 47A Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri
48. Ahli-ahli Johor Mangku Negara (J.M.N)
49. Ahli-ahli Johan Setia Mahkota (J.S.M)
50. Ahli-ahli Johan Setia Di Raja (J.S.D)
51. Setiausaha-setiausaha Politik.
52. Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi ‘E’, ‘F’ dan ‘G’ dan Pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.
53. Konsul-konsul Jeneral Negeri-negeri yang tiada Perwakilan Diplomatik di Malaysia (Consuls-General of Countries not having Diplomatic Representation in Malaysia).

JADUAL KEDUA
(Perenggan 2)

CATATAN

| | |
| |Susunan dalam Jadual Pertama hendaklah dipatuhi dalam semua majlis Rasmi Persekutuan. |
| |Raja-raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri mengambil keutamaan antara mereka sendiri |
| |mengikut Perkara 70 Perlembagaan. |
|Butiran 3 & 4 |Orang-orang yang dikurniakan Bintang Darjah Pangkuan Negara, Darjah Setia Mahkota atau Darjah |
| |Setia Di Raja mengambil keutamaan dalam tingkatan mereka masing-mereka mengikut tarikh |
| |pengurniaan. Ahli-ahli Kehormat mengambil keutamaan selepas semua ahli-ahli penuh. |
| |Ahli-ahli Kumpulan Diplomatik mengambil keutamaan mengikut tingkatan mereka masing-masing |
|Butiran 9, 10, 33, 34, 35, 48, 49|menurut kelaziman diplomatik. |
|& 50 | |
| |Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Borneo dan Hakim-hakim Mahkamah Agung mengambil keutamaan antara|
| |mereka sendiri mengikut Seksyen 8, Akta Mahkamah Kehakiman 1964. |
| |Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri mengambil keutamaan antara mereka sendiri mengikut|
| |keutamaan Raja-raja dan Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri. |
| |Setiausaha-setiausaha Parlimen dan Setiausaha-setiausaha Politik mengambil keutamaan antara |
| |mereka sendiri mengikut keutamaan Menteri-menteri mereka. |
|Butiran 15, 44 & 53 |Pegawai-pegawai Turus II dan III dan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi mengambil keutamaan di antara |
| |mereka mengikut tarikh perlantikannya. Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam, Tentera dan Polis |
| |mengambil keutamaan dalam tingkatan mereka masing-masing mengikut tarikh mereka dalam tingkatan |
| |itu. Dengan syarat bahawa penyandang-penyandang jawatan Pemangku mengambil keutamaan selepas |
|Butiran 16 & 19 |semua penyandang jawatan hakiki yang sama peringkatnya. |
| |Ahli-ahli Dewan Negara dan Ahli-ahli Dewan Rakyat mengambil keutamaan antara mereka sendiri |
| |mengikut susunan yang diuntukkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan |
| |Agong. |
| |Pengerusi-pengerusi Suruhanjaya-suruhanjaya mengambil keutamaan antara mereka mengikut tarikh |
|Butiran 17A |perlantikan mereka. |
| |Naib-naib Canselor Universiti-universiti, Pengerusi-pengerusi Badan-badan Berkanun Persekutuan, |
| |Ketua-ketua Pengarah Badan-badan Berkanun Persekutuan dan Pengurus-pengurus Besar Badan-badan |
| |Berkanun Persekutuan mengambil keutamaan antara mereka sendiri mengikut tarikh perlantikan |
| |mereka. |
|Butiran 21 & 51 |Seseorang yang berhak kepada lebih daripada satu tempat dalam Jadual ini mengambil keutamaan |
| |mengikut tempat yang tertinggi, misalnya seorang Pengerusi Badan Berkanun Persekutuan adalah |
| |Ahli Panglima Mangku Negara, keutamaannya ialah Butiran 33 dan bukannya di Butiran 45. |
| |Tertakluk kepada catatan 12, isteri-isteri mengambil keutamaan sama seperti suami-suami mereka |
| |dan suami-suami pula mengambil keutamaan sama seperti isteri-isteri mereka. |
|Butiran 27, 40, 42, 43, 46, 47 & |Orang-orang yang tidak tersebut dalam Jadual Pertama akan mengambil keutamaan mengikut kelaziman|
|52 |yang tertentu tertakluk kepada apa-apa panduan khas yang diberi oleh Jabatan Perdana Menteri |
| |dari semasa ke semasa. |
| |Sekiranya timbul apa-apa keraguan tentang pemakaian Jadual Pertama, rujukan hendaklah dibuat |
| |kepada Jabatan Perdana Menteri sementara keraguan mengenai Butiran 15, 44 dan 53 hendaklah |
| |dirujuk ke Kementerian Luar Negeri. |
| | |
| | |
| | |
| | |
| | |
| | |
|Butiran 37 & 38 | |
| | |
| | |
| | |
| | |
| | |
|Butiran 39 | |
| | |
| | |
| | |
|Butiran 45 & 47 | |

Aktiviti Pengukuhan [pic]

A. Tuliskan kata Panggilan Hormat yang sesuai bagi individu berikut:

1. Yang Dipertua Dewan Rakyat bergelar Tengku a. dalam sidang: b. di luar sidang:

2. Isteri Ketua Setiausaha Negara kerabat diraja:

3. Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia yang bergelar Sir:

4. Permaisuri Sultan Terengganu:

5. Menteri Pelajaran bergelar Raja:

6. Ketua Polis Negara bergelar Tun:

B. Susunkan Rujukan Kehormat bagi individu berikut:

|Bil |Nama |Gelaran Warisan |Gelaran Kurniaan |Jawatan/Pangkat |Rujukan Kehormat |
|Cth |Halimah |- |Datin |Pengarah Urusan Syarikat |Yang berbahagia Datin Halimah |
|1. |Ismail |Raja |Dato’ Seri, Tan |Pegawai Daerah Manjung Perak | |
| | | |Sri | | |
|2. |Ali |Nik |Tun |Panglima Tentera Darat | |
|3. |Hasan |Tengku |Dato’ |Pengarah Urusan Syarikat | |
|4. |Yusuf |Nik |Dato’ Seri |Ketua Hakim Negara | |

-----------------------
Rumusan:

Rujukan Kehormat (+) gelaran(warisan atau kurniaan) (+) nama

Rumusan:

Rujukan Kehormat (+) gelaran warisan kanan (+) gelaran kurniaan (+) nama

Rumusan:

Rujukan Kehormat (+) gelaran kurniaan (+) gelaran warisan biasa (+) nama

Rumusan:

Rujukan Kehormat (+) gelaran kurniaan (kanan) (+) gelaran kurniaan (biasa atau akademik) (+) nama

Rumusan:

Rujukan Kehormat (+) gelaran ikhtisas (+) gelaran kurniaan (kanan) (+) gelaran kurniaan (biasa) (+) gelaran kurniaan akademik) (+) gelaran keagamaan (+) nama

Similar Documents

Free Essay

Computer Network

...Pengantar Teknologi Informasi Prodi Sistem Informasi UKDW Umi Proboyekti, S.Kom, MLIS JARINGAN KOMPUTER Pengantar Komunikasi awalnya bergantung pada transportasi: jalan antar kota, antar provinsi/negara bagian kemudian antar negara/benua. Kemudian komunikasi dapat terjadi jarak jauh melalui telegraf (1844), telepon (1867), gelombang radio elektromagnetik (1889), radio komersial (1906), televisi broadcast (1931), kemudian melalui televisi, dunia jadi lebih kecil karena orang dapat mengetahui dan mendapatkan informasi tentang yang terjadi di bagian lain dunia ini. Dalam telekomunikasi, informasi disampaikan melalui sinyal. Sinyal ada dua macam: 1. Digital: secara spesifik mengacu pada informasi yang diwakili oleh dua keadaan 0 atau 1. Data digital dikirimkan dengan diwakili dua kondisi saja yaitu 0 dan 1. 2. Analog: sinyal yang terus menerus dengan variasi kekuatan dan kualitas. Misalnya suara, cahaya dan suhu yang dapat berubah-ubah kekuatannya dan kualitasnya. Data analog dikirimkan dalam bentuk yang berkelanjutan, sinyal elektrik berkelanjutan dalam bentuk gelombang Televisi, telepon dan radio adalah teknologi telekomunikasi yang menggunakan sinyal analog, sedang komputer menggunakan sinyal digital untuk transfer informasi. Namun saat ini sinyal digital juga digunakan untuk suara, gambar dan gabungan keduanya. Di sisi lain, komputer yang awalnya dimanfaatkan sebagai mesin penghitung dan pengolah data, digunakan sebagai alat komunikasi sejak adanya jaringan......

Words: 2301 - Pages: 10

Free Essay

Pbsm Chapter 2

...Pengenalan PBSM di peringkat dunia lebih dikenali sebagai PALANG MERAH. Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai BAPA PALNG MERAH. Bapa beliau adalah seorang saudagar. Semasa remaja Henry Dunant banyak dihabiskan dengan melawat orang-orang cacat, orang-orang yang memerlukan bantuan dan juga mereka yang menanti maut. Setiap hari Ahad, beliau membawa buku-buku cerita untuk tawanan-tawanan di penjara. Selepas meninggalkan bangku sekolah, beliau menceburi bidang pengurusan bank. Beliau meninggalkan Geneva dan melawat Austria. Beliau amat kagum dengan kecantikan Austria lalu mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah syarikat yang dinamakan Societe Anoyme des Moulins de Mons Djemila. Beliau menghadapi banyak masalah ketika memohon tanah untuk penanaman gandum. Beliau tidak berpuas hati dengan pegawai-pegawai yang menolak permohonannya lalu mengambil keputusan untuk berjumpa terus dengan Napoleon ke III pemerintah pada masa itu. Secara kebetulan, pada masa itu Napoleon bersama Raja Victor Emmanuel ke II sedang giat berusaha membebaskan Itali dari penaklukan Austria. PEPERANGAN DI SOLFERINO Pada 24hb. Jun, 1859, Dunant telah tiba di Castiglionne, sebuah kampung yang berdekatan dengan Solferino. Kampung itu didapati dalam keadaan kelam-kabut dengan 40,000 askar yang tercedera dan terbunuh. Dunant telah pergi ke gereja utama di tempat itu dan mendapati ianya......

Words: 2459 - Pages: 10

Free Essay

Projekt Sieci Lan I Wlan Dla Hotelu

...1. Informacje ogólne o sieciach bezprzewodowych 2.1 Zasada działania 2.2 Zalety i wady 2.3 Topologie WLAN 1.4 Główne standardy w sieciach bezprzewodowych 2. Zabezpieczenia wykorzystywane w sieciach komputerowych 3.4 Protokoły szyfrowania 3.5 Usługi ochronne 3. Urządzenia 4.6 Hosty 4.7 Serwery 4.8 Oprogramowanie 4.9 Sprzęt sieciowy 4.10 Anteny 4. Projekt sieci bezprzewodowej dla budynku hotelowego 5.11 Projekt logiczny sieci 5.12 Plan budynku (hotelu) 5.13 Stacje robocze, komputery przenośne, drukarki. 5.14 Konfiguracja serwera sieciowego 5.15 Analiza bezpieczeństwa 5.16 Kosztorys 5. Podsumowanie 6. Literatura WSTĘP Sieć komputerową możemy najogólniej zdefiniować jako zbiór urządzeń elektronicznych połączonych ze sobą w sposób umożliwiający im wymianę informacji o różnym przeznaczeniu i formacie oraz pozwalający na dzielenie sie rozmaitymi zasobami. Przykłady urządzeń sieciowych: - komputer, laptop - serwer - drukarka - router, most (bridge), brama (gateway) - przełącznik (switch) i koncentrator (hub) Zasoby współdzielone przez urządzenia sieciowe i ich użytkowników można rozumieć wielopłaszczyznowo, miedzy innymi jako: - sprzęt, np. drukarki i skanery - pojedyncze pliki lub ich zbiory - programy - bazy danych plików i użytkowników - moc obliczeniowa - przestrzeń dyskowa Bezprzewodowa sieć......

Words: 752 - Pages: 4

Free Essay

Vyhláška Č. 177/2009 Sb., O Bližších Podmínkách Ukončování Vzdělávání

...Vyhláška č. 177/2009 Sb., o bližších podmínkách ukončování vzdělávání ve středních školách maturitní zkouškou, ve znění vyhlášky č. 90/2010 Sb., vyhlášky č. 274/2010 Sb., vyhlášky č. 54/2011 Sb., vyhlášky č.273/2011 Sb., vyhlášky č.371/2012 Sb. a vyhlášky č. 173/2014 Sb. (Úplné znění účinné od 1. září 2014 s vyznačenými změnami podle vyhlášky č. 173/2014 Sb.) VYHLÁŠKA ze dne 10. června 2009 o bližších podmínkách ukončování vzdělávání ve středních školách maturitní zkouškou Ministerstvo školství, mládeže a tělovýchovy stanoví podle § 81 odst. 11, § 91 odst. 1 a § 113a odst. 2 zákona č. 561/2004 Sb., o předškolním, základním, středním, vyšším odborném a jiném vzdělávání (školský zákon), ve znění zákona č. 179/2006 Sb., zákona č. 242/2008 Sb., zákona č. 49/2009 Sb. a zákona č. 370/2012 Sb.: ČÁST PRVNÍ OBECNÁ USTANOVENÍ §1 Základní pojmy Pro účely této vyhlášky se rozumí a) hranicí úspěšnosti nejnižší možné bodové hodnocení, kterého žák musí dosáhnout, aby zkoušku nebo její část vykonal úspěšně, b) řádným termínem první časové období pro konání maturitní zkoušky po úspěšném ukončení vzdělávání v posledním ročníku ve střední škole; do prvního časového období náleží i maturitní zkouška konaná v náhradním termínu podle § 81 odst. 2 věty čtvrté školského zákona, c) žákem s přiznaným uzpůsobením podmínek pro konání maturitní zkoušky žák nebo uchazeč se zdravotním postižením nebo zdravotním znevýhodněním, kterému je na základě jeho žádosti umožněno konat maturitní zkoušku za......

Words: 12904 - Pages: 52

Free Essay

Cisco

...1 Cisco Notları OSI Referans Modeli Bilgisayar ağları kullanılmaya başlandığı ilk zamanlarda sadece aynı üreticinin ürettiği cihazlar birbirleriyle iletişim kurabiliyordu. Bu da şirketleri tüm cihazlarını sadece bir üreticiden almalarını zorunlu kılıyordu. 1970’lerin sonlarına doğru ISO (International Organization for Standardization) tarafında, OSI (Open System Interconnection) modeli tanımlanarak bu kısıtlamanın önüne geçildi. Böylece farklı üreticilerden alınan cihazlar aynı ağ ortamında birbirleriyle haberleşebileceklerdi. OSI Referans Modeli 7 katman (layer)’dan oluşmuştur. Bu katmanlar sırasıyla; Application Presentation Session Transport Network Data Link Physical Şimdi bu katmanları teker teker ayrıntılı bir şekilde inceleyelim. a ) Application Layer (Uygulama Katmanı): Kullanıcı tarafından çalıştırılan tüm uygulamalar bu katmanda tanımlıdırlar. Bu katmanda çalışan uygulamalara örnek olarak, FTP (File Transfer Protocol), SNMP (Simple Network Management Protocol), e-mail uygulamalarını verebiliriz. b ) Presentation Layer (Sunuş Katmanı): Bu katman adını amacından almıştır. Yani bu katman verileri uygulama katmanına sunarken veri üzerinde bir kodlama ve dönüştürme işlemlerini yapar. Ayrıca bu katmanda veriyi sıkıştırma/açma, şifreleme/şifre çözme, EBCDIC’dan ASCII’ye veya tam tersi yönde bir dönüşüm işlemlerini de yerine getirir. Bu katmanda tanımlanan bazı standartlar ise şunlardır;PICT ,TIFF ,JPEG ,MIDI ,MPEG. c ) Session Layer (Oturum Katmanı): İletişimde......

Words: 12053 - Pages: 49

Free Essay

Nyaaakkk

...MINIT MESYUARAT BERSAMA KETUA-KETUA BIRO ASRAMA KALI KEDUA SESI 2011 Tarikh : 25 Februari 2011 Hari : Jumaat Masa : 3.30 petang Tempat : Kelas 1 Ikhlas KEHADIRAN : KETUA PELAJAR 1. Muhammad Al-Fateh bin Ibrahim Timbalan Ketua Umum Asrama I 2. Ahmad Asyraff Syahmi bin Mohd Nasir Setiausaha Agung Asrama I 3. Mohd Arif bin Jainury Bendahari I 4. Mohamad Nashriq Emmeir bin Ismail 5. Burhanuddin Rabbani bin Abdul Shukor 6. Khairul Fahmi bin Mohamad Kamal 7. Muhammad Siddiq bin Abdullah 8. Ahmad Hazimin bin Ahmad Kamal 9. Muhd Khairulanwar bin Razali 10. Muhd Farhan bin Noorhizam Agenda Mesyuarat 1. Ucapan alu-aluan 2. Pembentangan tugas-tugas dan aktiviti oleh ketua-ketua biro 3. Perkara berbangkit 4. Hal-hal lain 1.0 Ucapan pengerusi 1.1 Pengerusi Majlis iaitu saudara Al-Fateh memulakan majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah. Kemudian beliau memberi sedikit tazkirah sebelum mesyuarat dimulakan. 1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ketua biro. 1.3 Pengerusi menyediakan tujuan mesyuarat kali ini untuk mendengar skop-skop- kerja yang akan dibentang oleh ketua-ketua biro dan seterusnya semua ketua biro akan akan mengadakan mesyuarat biro kali kedua bersama AJK yang akan dilantik. 2.0 Pembentangan Tugas-tugas dan Aktiviti Biro 3.1 BIRO 3K (KEBERSIHAN,KECERIAAN & KESELAMATAN) 2.11 Saudara Nashriq Emmeir bin Ismail......

Words: 726 - Pages: 3

Free Essay

Studi Kasus Sistem Informasi Manajemen

...TUGAS KELOMPOK (2 ORANG) STUDI KASUS 2 SISTEM INFORMASI MANAJEMEN FOR COMPANIES BOTH BIG AND SMALL: RUNNING A BUSINESS ON SMARTPHONES Dosen: Dr. Ir. Arif Imam Suroso, MSc Magister Manajemen & Bisnis Institut Pertanian Bogor (MB IPB) BAB 1 PENDAHULUAN   1.1 Latar Belakang Dengan semakin berkembangnya teknologi informasi saat ini, berbagai kegiatan dalam kehidupan sehari-hari akan berbasis komputer. Maka dalam suatu instansi, komputer merupakan sarana dalam menciptakan dan mengembangkan suatu sistem informasi handal. Oleh karena itu setiap orang harus mampu mengikuti arus informasi yang berkembang di dunia teknologi ini. Teknologi Informasi adalah suatu teknologi yang digunakan untuk mengolah data, termasuk memproses, mendapatkan, menyusun, menyimpan, memanipulasi data dalam menghasilkan informasi yang berkualitas, yaitu informasi yang relevan, akurat dan tepat waktu. Informasi yang berkualitas ini akan memudahkan user dalam mengambil keputusan secara tepat, cepat, dan bernilai strategis. Informasi dapat diibaratkan sebagai darah yang mengalir di dalam tubuh manusia. Tanpa darah, manusia tidak akan dapat melanjutkan kehidupannya. Hal ini berlaku juga di dalam sebuah perusahaan, bagaimana peran informasi yang sangat besar dalam mendukung kelangsungan perusahaan. Akibat ketiadaan atau kekurangan informasi dalam waktu tertentu, perusahaan akan mengalami ketidakmampuan dalam mengelola dan mengontrol sumber daya secara terpadu, yang pada akhirnya akan mengalami......

Words: 3887 - Pages: 16

Free Essay

Mister

...3ffe:0902:0012:0000:0000:0000:0000:0000/48. „/48” To długość prefiksu 1 w bitach. Taka notacja zgodna jest ze specyfikacją CIDR i dotyczy również z IPv4 (RFC1518 [1], RFC1519 [2], RFC1812 [3]). W adresach IPv6 zasięg (scope) adresu definiowany jest przez początkowe bity adresu i np. adresy rozpoczynające się od fe80: to adresy „link-local” - zasięg „local”. Poza zasięgiem local istnieją także: host, site, global. Tutaj warto jedynie wspomnieć, [1], 0000:0000 że adresy z zasięgiem local są widoczne wyłącznie w obrębie sieci, do których podpięliśmy naszego Linuxa oraz do serwerów z którymi nasz Linux ma połączenie (czy to bezpośrednie czy przy pomocy tunelu). Istotną zaletą IPv6 jest autokonfiguracja (RFC2462 [11]). Osty IPv6 wykorzystują między innymi protokół Neighbor Discovery (ND) pozwalający im znaleźć sąsiadujące routery i inne hosty....

Words: 927 - Pages: 4

Free Essay

Elave

...Təsdiq edirəm: I prorektor ____________________ prof. Ə.Z.Abdullayev “____” _____________ 2013-cü il Azərbaycan Respublikasının Prezidenti yanında Dövlət İdarəçilik Akademiyası Siyasi idarəetmə fakültəsi, qiyabi şöbə (əlavə ali təhsil) üzrə 2013/2014-cü tədris ilinin I yarımili üçün Imtahan cədvəli |Tarix | Kurs |Qrup |Ixtisas | Fənn | |30.01.2014 | II |133 q |BM | Siyasi və iqtisadi coğrafiy | | | III |131 q |BM | Konfliktologiya | |31.01.2014 | II |133 q |BM | Beynəlxalq münasibətlər tarixi | | | III |131 q |BM | Beynəlxalq münasibətlər tarixi | |01.02.2014 | IV |101q |Pol | Beynalxalq təşkilatlar | | | IV |129 q |BM | İnsan hüquqları | |03.02.2014 | II |133 q |BM | Asiya və Afrika ölkələri tarixı | | | III |131 q |BM ...

Words: 341 - Pages: 2

Free Essay

Hello Shit

...Bonjour pozwala komputerom, urządzeniom i usługom automatycznie wykrywać się wzajemnie, używając standardowych protokołów IP, bez konieczności ręcznego wprowadzania adresów IP ani konfigurowania serwerów DNS. Jest to szczególnie przydatne do łączenia się z takimi urządzeniami jak stacje bazowe Airport Base, Apple TV i iPhone'y. Wymagania systemowe Bonjour dla Windows obsługuje system Windows XP z pakietem Service Pack 2 lub nowszym, ale stanowczo zalecamy jeden z następujących systemów: * Windows XP z pakietem Service Pack 3 * Windows Vista z pakietem Service Pack 2 * Windows 7 Komputer musi mieć zainstalowany najnowszy dodatek Service Pack (można to sprawdzić za pomocą usługi Windows Update). Wymagania dotyczące zapory Protokół sieciowy Bonjour wysyła i odbiera pakiety na porcie UDP 5353. Jeśli na komputerze działa „osobista zapora sieciowa”, należy upewnić się, że port UDP 5353 jest otwarty. Pewne zapory tylko częściowo blokują pakiety Bonjour, więc w przypadku sporadycznych problemów należy sprawdzić ustawienia zapory. Bonjour musi znajdować się na liście wyjątków i mieć zezwolenie na odbieranie pakietów przychodzących. Bonjour samodzielnie skonfiguruje zaporę systemu Windows w przypadku instalacji w obsługiwanym systemie. Znane problemy Niektóre klienty wirtualnych sieci prywatnych (VPN) nie są zgodne z Bonjour. Jeśli wystąpią problemy z wykrywaniem usług sieciowych, należy spróbować wylogować się z sieci VPN. Więcej informacji Bonjour jest często......

Words: 310 - Pages: 2

Free Essay

Paperwork

...Kertas Kerja Hari Interaksi Intervarsiti 2011 TARIKH 19 NOVEMBER 2011 TEMPAT Universiti Teknologi Mara, Kampus Puncak Alam ANJURAN Persatuan Pelajar Pemakanan dan Dietetik (NADA), UiTM DENGAN KERJASAMA Kelab Pemakanan dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia (UPM) Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) Kelab Progam Pemakanan dan Dietetik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kelab Pemakanan dan Dietetik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) TEMA BREAKING BOUNDARIES, FORGING FRIENDSHIPS ------------------------------------------------- 1.0 TUJUAN Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan daripada Pusat Perkembangan Pelajar untuk mengadakan program Hari Interaksi Intervarsiti Pemakanan dan Dietetik UiTM-UKM-IMU-UPM-UIAM Sesi 2011/2012. ------------------------------------------------- 2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG 2.1 Kelab Pemakanan dan Dietetik telah ditubuhkan pada asalnya dengan matlamat dapat menjadi perantara pelajar daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik kepada Persatuan Fakulti untuk berinteraksi dan menyalurkan segala masalah yang berkaitan dan seterusnya akan dibawa ke pihak fakulti oleh Persatuan Fakulti. 2.2 Hari Interaksi Intervarsiti Pemakanan dan Dietetik UiTM-UKM-IMU-UPM-UIAM julung kalinya diadakan memandangkan ketiga-tiga institusi pengajian tinggi ini menawarkan program ijazah sarjanamuda Pemakanan dan Dietetik......

Words: 1431 - Pages: 6

Free Essay

Thinstation

...Jaringan LAN Diskless menggunakan teknologi Thinstation Dalam mengembangkan suatu sistem jaringan komputer tentunya tidak terlepas dari pengembangan ketiga aspek, yaitu hardware, software, brainware yang harus benar-benar dikembangkan secara baik dan terpadu untuk memberikan hasil yang optimal. Untuk itulah pemanfaatan LAN ini tentunya harus diimbangi dengan pemakaian sumber daya seefisien mungkin baik dari segi kualitas maupun kuantitas, salah satunya dengan perancangan jaringan tanpa media penyimpanan menggunakan Thinstation pada setiap workstation sehingga dapat menekan biaya yang dibutuhkan dalam membangun sebuah jaringan secara keseluruhan.. Jaringan komputer Diskless(tanpa harrdisk) system bukan hanya populer, namun sudah menjadi kebiasaan di negara maju. Karena diskless system berarti penghematan anggaran atau efisiensi yang tidak bisa ditolak. Bagi instansi pemerintah maupun swasta selalu berpikiran bagaimana caranya agar bisa menghemat anggaran semaksimal mungkin dengan menggunakan PC (personal computer) untuk mengelola satu unit database administrasi. Sebab yang terpenting adalah mengutamakan pelayanan kepada masyarakat melalui kecepatan pemrosesan database daripada penggunaan PC untuk animasi grafis. Jika maintenance database sudah mencapai tahap kejenuhan server, maka yang lebih baik dianggarkan pertarta kali adalah memperbarui server tanpa mengorbankan user. Karena pilihan ini merupakan alternatef terbaik dan termurah daripada......

Words: 3426 - Pages: 14

Free Essay

Implementation of Smtp and Pop3 Protocol in Java Programming Language

...UNIVERZITET U BIHAĆU TEHNIĈKI FAKULTET BIHAĆ DIPLOMSKI RAD IMPLEMENTACIJA MAIL SERVERA U JAVA PROGRAMSKOM JEZIKU Hodžić Adis Bihać, februar 2011 Hodţić Adis IMPLEMENTACIJA MAIL SERVERA U JAVA PROGRAMSKOM JEZIKU SAŽETAK: Tema ovog rada je implementacija SMTP i POP3 mail servera pomoću programskog jezika JAVA. Rad obrađuje problematiku mail servera, opisuje standarde i protokole koji čine jedan mail server. Također su prezentirani sigurnosni mehanizmi koji se koriste u praksi te način njihove upotrebe. U sklopu rada urađena je i aplikacija u programskom jeziku JAVA, objašnjen postupak izrade, i način korištenja aplikacije. Kljuĉne rijeĉi: Mail, Server, JAVA, SMTP, POP3 IMPLEMENTATION OF MAIL SERVER IN JAVA PROGRAMMING LANGUAGE ABSTRACT: This paper is based on topic regarding implementation of SMTP and POP3 mail server with JAVA programming language. Paper is explaining fundamental standards and protocols that every modern Mail Server system must adopt. Also, here are presented security mechanisms that are used by Mail Server systems today. Additionally, we have developed „Mail server“ application in JAVA programming language and explained structure, development process and use of application „Mail server“. Keywords: Mail, Server, JAVA, SMTP, POP3 2 SADRŽAJ POPIS SLIKA .................................................................................................................................. 5 POPIS TABELA .....................................

Words: 15322 - Pages: 62

Premium Essay

Ralph Lauren

... AGENCIJA “SAMO KAŽI DA” Vođeni ste ljubavlju i rešili ste da je krunišete. Vaša ljubav je posebna i samo vaša. Sada vam treba originalna priča a mi smo tu da vam našim asortimanom koji nudimo to i ispunimo. Naše usluge: Kompletna organizacija vjenčanja 1.Pronalaženje odgovarajućeg prostora 2.Odabir muzike 3.Zakazivanje vjenčanja: opština,crkva 4.Preporuka za odabir vjenčanice,burme,torte 5.Protokol na sam dan vašeg vjenčanja 6.Cjelokupna dekoracija koja obuhvata: Dekoracija restorana, pozivnice za vjenčanje, kićenje svatova i pokloni za goste… Posebne usluge koje nudimo su profesionalni fotograf koji je specijalizovan samo za fotografisanje vjenčanja . Fotograf je od velikog značaja za vas jer je on tvorac i nosilac vaših uspomena cijelog života. Dekoracije za svadbu: U tom asortimanu nudimo rješenje za vašu cjelokupnu dekoraciju koja obuhvata: 1.Planirate budžet vašeg vjenčanja 2.Trenutno završavate rezervaciju benda, crkve, maticara, asortimana, hotela, prevoza 3.Satnicu, kordinaciju i protokol na dan vašeg vjenčanja 4.Odaberite dekoraciju prostora po svom ukusu Ostalo sve što je važno bez lutanja možete naći kod nas: Foto i video usluge, pirotehnika, dekoracija balonima, saloni vjenčanica/muška odijela, burme, video proekcije, limuzine i oldtajmeri, rasvjeta, animacije, vatromet, šminkanje… VAŠE VJENČANJE...

Words: 1205 - Pages: 5

Free Essay

Perkembangan Mobile Broadband Di Negara Maju vs Negara Berkembang

...Perkembangan Mobile Broadband di Negara Maju Vs Negara Berkembang March 25 2013 Oleh: Rismania.V/840129 Tulisan ini memaparkan perbandingan perkembangan teknologi broadband, khususnya mobile broadband di Negara-negara maju dan Negara-negara berkembang serta dampak positif kehadiran teknologi tersebut di berbagai aspek sosial ekonomi. Perkembangan Mobile Broadband di Negara Maju Vs Negara Berkembang 2013 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Masalah Teknologi internet berkembang dari narrowband menuju broadband, dari kilobit menjadi gigabit. Semula internet hanya menghubungkan antara manusia satu dengan manusia yang lain, namun sekarang berkat internet broadband kita dapat terkoneksi dengan benda-benda, misalnya cctv di rumah melalui speedy access monitor. Dunia jaringan saat ini telah berubah, tidak hanya darisegi kecepatannya saja, tetapi juga ukuran, skala, dan lingkupnya (Broadband Commission; 2012 : 6). Internet broadband harus dapat diakses oleh semua kalangan. Untuk itu pada tahun 2010 International Telecommunication Union (ITU) bersama-sama dengan PBB membentuk satu komisi khusus yaitu Broadband Commission sebagai upaya realisasi akses broadband dan akses konektivitas di seluruh penjuru dunia. Dan diharapkan pada tahun 2015 inklusi digital tersebut telah tercapai (Broadband Commission; 2012 : 12). Internet berkecepatan tinggi via telepon seluler merupakan salah satu cara yang paling memungkinkan untuk mencapai hal tersebut mengingat 15% dari total...

Words: 2646 - Pages: 11