Free Essay

Kepimpinan Dan Pengurusan

In:

Submitted By hanimans
Words 1985
Pages 8
1.0 PENGENALAN

1.1 Kepimpinan dan Pengurusan

Kepimpinan dan pengurusan merupakan tunjang dalam sesuatu organisasi. Malah konsep dan amalan kepimpinan amat penting sehingga dapat mempengaruhi kejayaan atau kegagalan sesuatu organisasi. Menurut Smircich L., Morgan G. (1982) : “In fact, the concept and practice of leadership, and variant forms of direction and control, are so powerful ingrained into popular thought that the absence of leadership is often seen as an absence of organisation.” Manakala pengurusan didefinisikan sebagai perihal mengurus sesuatu seperti syarikat, badan perniagaan dan lain-lain dan boleh dieertikan sebagai pentadbiran (Kamus Dewan Edisi Keempat).

1.2 Kepimpimpinan dan Pengurusan Pendidikan

Kepimpinan dan pengurusan di dalam organisasi mempunyai hubungan simbiotik di mana dengan adanya kedua-dua komponen ini membolehkan organisasi tersebut berfungsi dengan efisien malah menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Oleh hal yang demikian kepimpinan dan pengurusan adalah sangat relevan kepada organisasi persekolahan di Malaysia malah merupakan komponen utama bagi pucuk pimpinan sekolah atau pihak pentadbiran. Sebagai contoh terdapat pelbagai penyelidikan mengenai keberkesanan kepimpinan dan pengurusan pengetua dan guru besar di sekolah. Menurut Ahmad Fauzi Ahmad (n.d.) peranan kepemimpinan di peringkat sekolah mestilah dalam bentuk instructional leader yang memainkan peranan tertentu pada tahap serta kedudukan masing-masing untuk melaksanakan program pendidikan. Kepimpinan pendidikan juga haruslah berperanan sebagai transformational leader iaitu sebagai agen transformasi perubahan.

2.0 GURU BERKESAN

2.1 “An effective teacher creates an effective classroom”

“An effective teacher creates an effective classroom” atau guru berkesan mewujudkan bilik darjah yang berkesan. Berdasarkan pernyataan tersebut ‘effective’ bermaksud successful in producing a desired or intended result (New Oxford American Dictionary). iaitu berjaya menghasilka keputusan yang diinginkan. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ke–4, efektif bermaksud menimbulkan hasil atau kesudahan yang diharapkan. Efektif dalam erti kata lain ialah berkesan di mana sesuatu perkara itu membuahkan hasil yang seperti diinginkan. Guru yang berkesan akan dapat menghasilkan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan. Antara kriteria yang perlu dipenuhi oleh guru adalah perancangan yang teliti, kandungan pengajaran yang sesuai serta kepimpinan yang berkesan dalam bilik darjah.

2.2 Kepimpinan Berkesan

Perkara utama yang akan dibincangkan dalam kerja kursus ini ialah bagaimana kepemimpinan guru yang efektif mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kepemimpinan juga merupakan sesuatu yang ditikberatkan dalam agama Islam kerana setiap orang di muka bumi ini merupkan khalifah (pemimpin) sekurang-kurangnya kepada diri sendiri dan keluarga. Ahmad bin Haji Ismail (2011) menjelaskan bahawa Islam menganggap setiap seorang Muslim yang mukallaf sebagai pemimpin yang mana sekurang-kurangnya mereka adalah pemimpin bagi diri mereka dan keluarga mereka selain daripada menjadi pemimpin kepada masyarakat secara umum. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

“Ingatlah bahawa setiap daripada kamu adalah penjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab terhadap apa yang dijaganya. Dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya.”
(Hadith Riwayat Bukhari)

Bagi mengupas dengan lebih lanjut mengenai kepimpinan guru dalam bilik darjah, terdapat 5 jenis kepimpinan iaitu kepimpinan semula jadi, kepimpinan autokratik, kepimpinan teragih, kepimpinan karismatik dan kepimpinan birokrasi. Seorang guru tidak semestinya mengamalkan cuma satu jenis kepimpinan kerana pemimpin yang baik akan dapat mengolah dan melaksanakan mana-mana jenis kepimpinan yang dirasakan perlu dalam situasi tertentu. Antara teori yang telah dikemukakan dan dikaji sejak 1920-an ialah teori tret, teori tingkah laku, teori situasi, teori transformasi dan teori kepimpinan moral.

2.2.1 Teori Kepimpinan Transformasi

Teori Kepimpinan Transformasi merupakan teori semasa yang telah dipelopori oleh James Macgregor Burns pada tahun 1978. Menurut Burns (1978) dalam Abdullah Sani Yahaya et. al. (2007) kepimpinan transformasi merujuk keupayaan melihat, mengiktiraf dan mengeksploitasi keperluan dan kehendak pengikutnya. Khalid (1997) dalam Abdul Sani Yahaya et. al. pula mendefinisikan kepemimpinan transformasi dalam konteks pendidikan sebagai set kemampuan pemimpin iaitu guru yang membolehkan mereka mengesan pelbagai keperluan bagi melakukan perubahan, mencipta wawasan, memberi wawasan, membimbing perubahan dan seterusnya melaksanakan perubahan itu dengan cekap. Kepemimpinan transformasi pendidikan peringkat guru pula dapat ditakrifkan sebagai proses mempengaruhi warga sekolah (pelajar) melalui usaha berterusan, meransang dan meningkatkan kesedaran diri bagi mencapai matlamat sekolah di samping membaiki pencapaian peribadi masing-masing (Abdul Sani Yahaya et.al., 2007).

Oleh itu sebagai seorang guru dan pemimpin adalah penting untuk mengesan masalah pelajar atau bilik darjah, mencipta suasana baru yang lebih kondusif, memberi semangat serta motivasi, memberi bimbingan kepada pelajar dan seterusnya melaksanakan perubahan tersebut atau bergerak seiring dengan perubahan yang dikehendaki.

2.2.2 Amalan Guru Kepemimpinan Transformasi (Abdullah Sani et. al., 2007)

Teori Kepemimpinan Transformasi secara ideal membawa perubahan baru berdasarkan matlamat yang ditetapkan dengan mempengaruhi orang bawahannya untuk sama-sama mencapai kejayaan. Dalam konteks guru sebagai pemimpin transformasi, guru hendaklah mempengaruhi pelajarnya supaya bekerja bersama-sama demi memenuhi misi dan visi sekolah. Oleh itu guru perlu mengamalkan ciri-ciri kepemimpinan tranformasi seperti berikut :

Merangsang pembentukan dan menzahirkan wawasan
Keterampilan peribadi (role model)
Jangkaan dan keyakinan tinggi terhadap pelajar
Menjana permuafakatan
Merangsang intelek dalam organisasi
Keprihatinan individu
Ganjaran kontinjensi

Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan di atas guru sebagai pemimpin transformasi hendaklah mengilhamkan wawasan masa depan bagi pelajar agar pelajar sedar peri penting institusi persokalahan sebagai platform untuk belajar dan memajukan diri demi masa depan cerah. Hal ini dapat memotivasikan mereka untuk berada di sekolah pada waktu persekolahan dan mengelakkan daripada terjebak dalam perlakuan negatif seperti ponteng.
Selain itu, guru sebagai contoh teladan (role model) di mana menunjukkan amalan sikap yang positif dan dinamik baik dari segi pemakaian yang kemas dan sopan malah dari segi sikap guru terhadap pelajar dan guru-guru lain. Guru juga perlu menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian seperti saranan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamamad iaitu ‘Kepimpinan melalui teladan’.

Salah satu amalan guru berkepemimpinan transformasi iaitu jangkaan dan keyakinan tinggi terhadap pelajar merupakan salah satu amalan penurunan kuasa di mana pelajar perlu berusaha untuk memenuhi jangkaan guru. Guru perlu menyatakan jangkaan guru dan pelajar perlu memahami dan memenuhi peranan mereka sebagai pelajar. Jangkaan tinggi perlu disertai dengan usaha yang yang tinggi daripada kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar. Maksudnya guru berusaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) contohnya penggunaan peralatan serta kaedah yang terkini di dalam bilik darjah. Selain itu pembaharuan dan penambahbaikan dalam PdP perlu dilakukan supaya sesuai dengan pelajar.

Penjanaan permuafakatan bagi pembentukan bilik darjah yang efektif adalah penting supaya guru dan pelajar dapat mencapai kata sepakat dalam sesuatu perkara. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat permuafakatan ialah perihal muafakat atau perundingan, persetujuan dan mesyuarat. Hal ini penting dalam pelaksanaan kepemimpinan transformasi kerana apabila pelajar dan guru dapat berbincang dan mencapai keputusan bersama, sesuatu perubahan akan dapat dilaksanakan dengan cekap. Demikian kedua-dua pihak telah mengiktiraf peranan masing-masing sebagai guru dan pelajar. Permuafakatan juga dapat diterapkan semasa aktiviti PdP contohnya mengadakan perbincangan atau menyelesaikan sesuatu masalah secara berkumpulan. Dengan ini penerapan nilai murni seperti kerjasama juga dpat diterapkan PdP berjalan.

Sebagai guru berkepemimpinan transformasi adalah penting untuk merangsang intelek dalam organisasi iaitu institusi persekolahan, baik dalam kalangan pelajar dan juga guru-guru. Intelek merupakan penggerak nadi perubahan. Pelbagai cara boleh dilakukan bagi merangsang intelek pelajar seperti menguturakan persoalan apa, bagaimana dan mengapa. Hal ini dapat merangsang pelajar berfikir secara kritis malah merangsang pemikiran kreatif. Guru seharusnya menjadi pakar dalam bidang masing-masing supaya dapat menerangkan secara terperinci apabila menjawab persoalan pelajar. Selain itu guru perlu sentiasa mengikuti perkembangan semasa seiring dengan peredaran zaman.

Amalan keprihatinan individu dalam ciri-ciri kepemimpinan tranformasi merangkumi keprihatinan terhadap diri sendiri, pengajaran dan pelajar. Guru yang prihatin akan melaksanakan apa yang termampu demi masa depan pelajarnya. Guru yang prihatin mengambil berat akan kebajikan pelajarnya dan guru yang prihatin menjaga hubungan baik dengan guru-guru lain serta ibu bapa pelajar. Seorang guru bukan sahaja menggunakan kudrat empat kerat dan kebolehan menaakul dan mencari ilmu untuk disampaikan kepada pelajar malah perlu berkorban dari segi masa dan emosi lebih-lebih dalam era alaf baru kini. Tanpa keprihatinan tentulah sukar untuk memahami pelajar yang mempunyai jurang generasi dengan guru.

Penekanan kepada prestasi cemerlang serta ganjaran kontijensi merupakan salah satu ciri kepemimpinan transformasi. Pengiktirafan kepada usaha dan pencapaian pelajar dapat mendorong pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih dalam mencapai matlamat. Hal ini dapat meningkatkan produktiviti pelajar dalam segala pencapaian baik prestasi akademik, penyertaan dalam aktiviti kokurikulum serta amalan nilai murni dalam kehidupan harian.

Sekiranya guru mengamalkan ciri-ciri yang nyatakan di atas perubahan yang positif akan dapat dilihat dalam kalangan pelajar serta dalam kalangan rakan setugas yang lain. Iklim sekolah yang positif akan menghasilkan PdP yang berkesan di mana proses PdP adalah sesuatu yang diingini oleh guru dan pelajar itu sendiri.

3.0 ISU KEPEMIMPINAN GURU

Guru alaf baru menghadapi cabaran yang besar lebih-lebih dalam menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan perlakuan melampau oleh pelajar kita sendiri. Oleh itu guru harus bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan dan mengatasi maslah ynag timbul.

3.1 Ponteng Sekolah

Ponteng menurut Kamus Dewan Edisi Keempat adalah meninggalkan tugas iaitu tanggungjawab, pelajaran dan lain-lain tanpa kebenaran. Masalah pelajar ponteng sekolah merupakan perkara berlaku sejak sekian lama di Malaysia. Abdullah Sani Yahaya (2004) berpendapat bahawa ponteng ialah isu manampilkan pelajar yang tidak berdisiplin dan bermoral rendah. Antara faktor-faktor pelajar ponteng ialah malas, tidak siap kerja rumah, guru berleter dan sebagainya.

Contoh jelas ialah pelajar tidak menyukai leteran atau tidak suka suka dengan sikap guru yang tidak mengawal emosi lalu menghina pelajar dengan bahasa yang tajam. Pelajar yang baru masuk ke alam remaja akan memberontak dan mengambil jalan mudah dengan ponteng sekolah. Bagaimana guru berkepemimpinan transformasi dapat mengubah atau manghindari tingkah laku yang sedemikian?

Guru yang mempunyai imej yang menonjol dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian adalah guru yang disukai oleh pelajar. Mereka memandang tinggi kepada guru seperti ini kerana mereka menghormati serta menjadikan guru tersebut sebagai contoh. Guru yang prihatin akan bertanya kepada pelajar lain akan sebab ketidakhadiran pelajarnya ke kelas. Malah sekiranya mempunyai kesempatan dan peluang guru berkepemimpinan transformasi akan mendekati pelajar tersebut dan cuba berbincang mengenai masalah yang dihidapinya dan memberi semangat serta motivasi untuk berubah. Walaupun kadang kala sukar untuk guru mengawal emosinya namun guru harus cuba menjadi rasional dan tidak terbawa-bawa akan perasaan marah atau perasaan tertekan.

3.2 Unsur Humor dalam Pengajaran

Generasi pelajar pada masa kini sukar untuk menerima sesuatu nasihat atau pandangan daripada guru lebih-lebih lagi apabila guru berleter atau mengguna bahasa yang kasar semasa bertutur. Oleh itu guru perlu mencari alternatif lain bagi menyampaikan mesej supaya pelajar dapat memahami dan maksud guru namun tidak mencalarkan maruah atau ego pelajar tersebut. Guru yang mempunyai unsur lawak jenaka dapat menjalankan PdP yang berkesan kerana pelajar tidak tertekan semasa proses PdP berlaku. Menurut Abdul Ghani et. al. () guru yang baik patut menyelitkan unsur humor dalam pengajarannya. Guru akan bergurau senda dari semasa ke semasa bagi menghilangkan kebosanan.

Namun begitu guru mengekalkan hierarki dan kedudukan beliau sebagai guru tanpa hilang rasa hormat daripada pelajar. Oleh itu unsur jenaka yang diselitkan dalam PdP haruslah relevan dan sesuai dengan peringkat umur pelajar. Guru yang pandai berjenaka merupakan guru yang menonjol di sekolah. Oleh itu guru harus menggunakan bakat dan kesempatan ini untuk mendekati pelajar dan memberi motivasi kepada pelajar supaya mereka komited dan berusaha dalam menjayakan misi dan visi sekolah.

BAHAN RUJUKAN

Ahmad bin Haji Ismail. (2011). Konsep Kepimpinan dalam Islam. Retrieved from http:// muafakatmalaysia.files.wordpress.com/2011/02/muafakat-usrah-kertas-kepimpinan- islam.pdf

Ahmad Fauzi Mohamed. (n.d.) Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan. Retrieved from http:// www.kedah.edu.my/sahc/esei_karya/Microsoft%20Word%20-%20KEPIMPINAN% 20DAN%20PENGURUSAN%20PENDIDIKAN.pdf

Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abdul Aziz, Abdul Rashid Mohamed. (n.d). Humor dalam Pengajaran. Retrieved from http://books.google.com.my/books? id=cXYs_ rUOJU4C&dq=guru+humor&source=gbs_navlinks_s

Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed, Abd. Ghani Abdullah (2007). Guru Sebagai Pemimpin. PTS Professional. Kuala Lumpur.

(n.a.). (2010). Kepimpinan Adalah Satu Amanah. Retrieved from http://suaramuslim. blogspot.com/ 2010_04_01_archive.html

Smircich L., Morgan G. (1982). The Journal of Applied Behavioral Science Vol. 18/No. 3/1982 : Leadership : The Management of Meaning. http://homepages.stmartin.edu/fac_staff/ dconant/MBA601/notes/LeadershipTheManagementOfMeaning.pdf

*This paper is written as assignment for Management and Leadership TBEX4101 at IPGKBA.

Similar Documents

Free Essay

Tajuk Kajian

...mengaplikasikan empat kemahiran insaniah iaitu (1) komunikasi yang berkesan dalam pelbagai situasi, (2) kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik, (3) kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan, dan (4) kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Pengaplikasian empat kemahiran ini akan dilaksanakan mengggunakan mod kontrak pembelajaran berasaskan projek, aktiviti dan khidmat yang dilakukan secara berkumpulan. Pelajar dikehendaki mengaplikasikan ke empat-empat kemahiran insaniah tersebut secara praktikal bagi mengukuhkan dan memantapkan elemen-elemen kemahiran insaniah tersebut dalam diri mereka. Keperluan aspek praktikal ini akan melahirkan pelajar yang holistik yang dapat menyumbang kepada masyarakat dan organisasi. Hasil Pembelajaran Pada akhir projek ini, kami akan mencapai hasil pembelajaran berikut: 1. Pelajar berupaya mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai situasi 2. Pelajar berupaya mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dan dapat menyelesaikan masalah menggunakan pendekatan saintifik. 3. Pelajar berkebolehan mengaplikasikan kemahiran kepimpinan dalam memimpin diri sendiri dan orang lain serta mampu bekerja secara berpasukan. 4. Pelajar berkebolehan mengaplikasikan kemahiran pengurusan maklumat dan menjadikan proses pembelajaran sepanjang hayat sebagai cara pembelajaran mereka. Strategi & Sumber mencapai hasil pembelajaran | ...

Words: 568 - Pages: 3

Free Essay

Etika Ke

...MALIM Bil. 10 (2009) 39 Kepimpinan Beretika dan Kecemerlangan Organisasi dalam Perkhidmatan Awam ZAHARAH HASSAN1, ABU DAUD SILONG2 & NAZRI MUSLIM1 ABSTRACT Leadership is a very important factor in determining organisations’ effectiveness. The values uphold by leaders will influence their conduct as ethical leaders or not. What are ethical behaviours? Why are they important? What are the values and behaviours that are being inculcate among public sectors workers? How is it done? What are the strategies employed to enhance ethical behaviours? Analysis shows that despite numerous efforts done by the top managements, the result are not very encouraging because there is no comprehensive plan to educate public sector employees about ethics. KEPIMPINAN DAN PRESTASI ORGANISASI Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah disebabkan oleh banyak faktor. Walaubagaimanapun ramai pengurus dan penyelidik dalam bidang kepimpinan dan pengurusan cenderung untuk melihat kepimpinan sebagai penyumbang utama atau penyebab langsung kepada pencapaian organisasi. Antaranya adalah Andersen (2002) yang mengatakan bahawa literatur mengenai kepimpinan secara umumnya banyak berasaskan andaian bahawa kepimpinan adalah penyebab kepada keberkesanan organisasi. Selain Andersen, Fiedler (1967) juga berpendapat, kepimpinan berkesan sering dilihat sebagai sesuatu yang amat penting dalam menerangkan atau membuat ramalan tentang kejayaan organisasi. Bennis dan Nanus (1985), menyatakan kejayaan sesebuah organisasi...

Words: 3517 - Pages: 15

Free Essay

Abubabi

...BAB 2 SOROTAN LITERATUR 2.1. Pengenalan Peranan kepemimpinan dalam sesebuah organisasi amat penting apatah lagi dalam Rukun Tetangga (RT). Sarjana-sarjana pengurusan menegaskan bahawa kepimpinan berkesan terhasil dari gaya komunikasi yang diamalkan oleh mereka terhadap anggota organisasi. Jika wujudnya komunikasi yang baik antara ahli komuniti setempat Kawasan Rukun Tetangga dengan kepimpinan dalam Rukun Tetangga, maka akan dapat menimbulkan kepuasan. Manakala kepuasan terhadap komunikasi kepimpinan serta komitmen yang ditunjukkan oleh pemimpin adalah pemangkin pada tahap kejayaan organisasi Rukun Tetangga. Secara langsung ini akan memberi kesan pada pencapaian matlamat penubuhan Rukun Tetangga, khususnya dalam mencapai agenda utama dasar pembangunan negara Malaysia. 2.2. Rukun Tetangga Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada buku Panduan Kejiranan Jabatan Perpaduan Negara, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Malaysia (1995), Rukun Tetangga (RT) merupakan sebuah organisasi sosial yang dibentuk secara sukarela oleh sesebuah komuniti. Sebagai sebuah pertubuhan penting, kegiatan serta pengelolaan kerja Rukun Tetangga dikawalselia oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana 10 Menteri. Di bawah Jabatan ini telah wujud sebuah unit yang secara langsung diwujudkan bagi melihat RT mematuhi Peraturan-Peraturan Perlu (RT) 1975. Pada peringkat awal, tumpuan penubuhannya pada sekitar tahun 1975 sehingga 1982 ialah...

Words: 10532 - Pages: 43

Free Essay

Akpk

...PANDUAN PROGRAM KOKURIKULUM Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Menjana Minda Cemerlang, Melangkah Gagah Gemilang Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah Tel : 088-320079 Faks : 088-320885 pkpp@ums.edu.my Cetakan Pertama 2009 © Universiti Malaysia Sabah Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mencetak ulang mana-mana bahagian dalam buku ini dalam apa jua bentuk atau cara sama ada secara elektronik atau mekanik tanpa permohonan bertulis kepada Universiti Malaysia Sabah, Beg Berkunci 2073, 88999, Kota Kinabalu, Sabah. Diterbitkan di Malaysia oleh Penerbit Universiti Malaysia Sabah Beg Berkunci 2073, 88999 Kota Kinabalu, Sabah Dicetak di Malaysia oleh Semua pertanyaan hendaklah diajukan kepada : Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah Tel : 088-320079 Faks : 088-320885 Kandungan Kata Pengantar Timbalan Naib Canselor (HEPA) Prakata Pengarah PKPP Pendahuluan - Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar 1 - Objektif - Matlamat - Struktur Organisasi - Fungsi Unit Panduan Pendaftaran 6 - Proses pendaftaran - Pra-Syarat pengambilan kursus - Jam kredit kursus Pengajaran Kursus 8 - Dasar pengajaran kursus - Rujukan Ilmiah - Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Penilaian 10 - Kaedah...

Words: 18840 - Pages: 76

Premium Essay

Case Study

...KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN, APA PERBEZAANNYA? Dua perkataan yang amat mudah untuk disebut. Kepimpinan dan Pengurusan. Tapi apa perbezaannya? Memanglah dua perkataan tersebut lain sebutan bunyinya. KEPIMPINAN dan PENGURUSAN. Begitu juga lain ejaannya. Hanya yang sama adalah jumlah abjad yang membentuk kedua-dua perkataan iaitu sepuluh abjad.  Kepimpinan sering dikaitkan dengan arah atau tujuan. Dalam sesebuah organisasi ia berkait rapat visi, objektif, matlamat, isu-isu strategik, tranformasi, manusia dan komunikasi. Jelas kepada kita, kepimpinan merangkumi kebolehan menggunakan dua kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Satu lagi kemahiran ialah kemahiran memimpin. Pengurusan banyak menumpukan cara-cara dan kaedah pelaksanaan. Oleh itu pengurusan banyak menjurus kepada proses pelaksanaan, isu-isu operasi, transaksional, cara dan kaedah, sistem dan keberkesanan pelaksanaan tugas. Pengurusan lebih mengutamakan kebolehan pengurusan elemen-elemen sesebuah organisasi. Bagi organisasi pendidikan, kepimpinan merupakan elemen yang penting dalam pengurusan. Kepimpinan dan pengurusan diibaratkan sebagai 'lagu dan irama' yang tidak boleh dipisahkan Kedua-duanya saling bertindak dan berintegrasi antara satu sama lain. Leadership is often associated with a direction or purpose. In an organization, it is closely related to the vision, objectives, goals, strategic issues, transformation, human and communication. Clear to...

Words: 3437 - Pages: 14

Free Essay

Management

...Soalan Pengurus memainkan peranan yang penting dalam pengurusan sesebuah organisasi. Terangkan secara terperinci utiliti peranan pengurus dalam organisasi oleh "Henry Mintzberg". Berikan contoh yang relevan untuk menjustifikasikan jawapan anda.. Pengenalan Apa itu Pengurusan? Pengurusan ditakrifkan satu proses aktiviti tadbir‐urus untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber‐sumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Dalam sekitar tahun 1910, Henri Fayol seorang jurutera telah memperkenalkan beberapa fungsi pengurusan. Proses ini boleh dibahagikan kepada beberapa fungsi tugas dalam memenuhi semua proses pengurusan. Fungsi yang tersebut adalah merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal. Penerangan tentang fungsi-fungsi pengurusan yang telah diperkatakan adalah seperti berikut: 1) Merancang – adalah bertujuan memilih objektif dan matlamat dalam menentukan masa depan syarikat. Dengan strategi teratur untuk mencapai objektif sesebuah syarikat. Perancangan merangkumi penyataan misi, strategi korporat, belanjawan dan program. 2) Mengorganisasi – menggabungkan pekerja individu dan bahan melalui struktur organisasi yang menerangkan tugas, kuasa dan tanggungjawab untuk mencapai matlamat syarikat. Termasuklah menentukan tugas yang perlu dijalankan untuk setiap pekerja, bagaimana tugas itu perlu dilakukan, cara menyediakan laporan dan membuat keputusan. 3) Memimpin – adalah dengan memberi hala tuju atau...

Words: 1946 - Pages: 8

Free Essay

Jurnal Iab

...(GURU-GURU DAN KAKITANGAN) | LOKASI | DEWAN PERMATA | CATATAN KEPIMPINAN | 1. Guru Besar menyampaikan beberapa maklumat dan informasi. 2. Program Mini Asrama akan mula dijalankan pada minggu hadapan. 3. Ustaz Muzaimi dilantik sebagai Warden. 4. Tempat Asrama telah dikemas dan dibersihkan oleh pekerja bersama dengan Guru Besar. 5. Sekolah telah dicalonkan dalam program 3K peringkat Negeri Pahang sebagai wakil Daerah Lipis. 6. Guru Pandu Puteri menyatakan bahawa SK Penjom telah berdaftar dengan Pandu Puteri Antarabangsa dan mendapat sijil Pekhemahan Antarabangsa. 7. Guru Besar mengucapkan tahniah dan ini bagus untuk mencapai target sekolah Kluster. 8. Jaga tiada untuk hari ini kerana ke Raub (Jabatan Tenaga Rakyat) tetapi beliau telah meminta agar seorang jaga tinggal dan pergi ke Raub pada hari lain. | REFLEKSI/RUJUKAN | 1. Beliau telah menunjukkan gaya kepimpinan yang berlainan semasa melakukan perjumpaan pagi. 2. Guru Besar telah mempamerkan gaya autokratik dalam memberi arahan perkara dan program yang berkaitan dengan dasar. 3. Gaya kepimpinan partisipatif dilaksanakan apabila beliau berbincang dalam kerja-kerja yang perlu dilakukan secara bersama. 4. Guru Besar telah menununjukkan cara menyelesaikan masalah secara kreatif. | LOG HARIAN PENANDA ARASAN TARIKH | 27 MAC 2012 | AKTIVITI | MEMANTAU SEKOLAH BERSAMA GB | ORGANISASI | PESERTA DAN GB | LOKASI | SK PENJOM | CATATAN KEPIMPINAN | 1. Melawat dan memantau seluruh...

Words: 1048 - Pages: 5

Free Essay

Rancangan 5 Tahun

...KEKUATAN (S) S1 | Pengurusan dan kepimpinan yang mantap. | S2 | Hubungan dan kerjasama baik di kalangan warga sekolah. | S3 | Komunikasi baik antara pentadbir dan semua guru. | S4 | Mempunyai guru-guru yang berpengalaman dan guru lepasan ijazah. | S5 | Guru-guru yang komited dan optimis. | S6 | Kemudahan fizikal dan ICT. | | KELEMAHAN (W) W1 | Guru terlibat dengan tugas rasmi di luar sekolah. | W2 | Sebilangan murid yang kurang berminat untuk belajar. | W3 | Guru dibebankan dengan pelbagai tugas dan aktiviti. | W4 | Murid terlalu bergantung dengan guru. | W5 | P & P sebahagian guru perlu dimantapkan. | W6 | Kurang pembudayaan PBS. | W7 | Pelajar tidak sedar bahawa mereka dinilai setiap masa. | | | | PELUANG (O) O1 | Sokongan dari PIBG dan wakil rakyat. | O2 | Hubungan baik dengan PPD, JPN dan pihak yang terlibat. | O3 | Hubungan baik dengan masyarakat setempat. | O4 | Kerjasama yang baik dengan sekolah-sekolah kelompok. | O5 | Perhubungan yang baik dengan bekas pelajar (ALUMNI). | O6 | Jalinan di antara sekolah-sekolah berhampiran. | O7 | Penguasaan fakta asas murid lemah. | | | | ANCAMAN (T) T1 | Latar belakang sosio ekonomi pelajar yang berbeza. | T2 | Kekangan masa. | T3 | Banyak program sampingan. | T4 | Masalah keluarga. | T5 | Kurang perhatian dan sokongan dari ibu bapa. | T6 | Pengaruh negatif rakan sebaya. | | TOWS MATRIKS – KSSR/PBS | KEKUATAN (S) S1 | Pengurusan dan kepimpinan yang mantap. | ...

Words: 1062 - Pages: 5

Free Essay

National Integrity Plan

...| |  | |Abstraks | | | |Gerakan pemantapan integriti yang dipacu oleh PIN dan dikoordinasikan oleh IIM ialah suatu gagasan yang semakin menawan imaginasi | |pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Ia sedang menjadi suatu kekuatan masyarakat bagi mengurus kejayaan dan mengatasi kelemahan | |dengan berkesan. Pelancaran PIN dan penubuhan Institut ini akan menjadi pendorong terbesar ke arah pencapaian matlamat gerakan | |pemantapan integriti. Kesemua ini akan membolehkan Malaysia secara teratur melangkah ke hadapan untuk mencapai cita-cita menjadi | |sebuah masyarakat maju menurut acuan sendiri, serta membinanya menjadi lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang. | | | |MUKADDIMAH | | | |1. Definisi Integriti...

Words: 2727 - Pages: 11

Free Essay

Perancangan Kajian Penilaian Terhadap Program Latihan

...kali mendapat perhatian dan tumpuan ramai, yang mana hari ini ianya merupakan keperluan kelangsungan masa depan bagi sesebuah organisasi. Latihan merupakan faktor yang penting bagi sesebuah organisasi bagi menghadapi perkembangan dan cabaran. Di Amerika Syarikat dianggarkan USD40 billion setahun dibelanjakan untuk program latihan oleh syarikat syarikat untuk melatih eksikutif dan pengurus mereka, (Mann & Robertson). Manakala di Malaysia sebanyak RM 400 juta di peruntukkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan untuk program latihan, (Junaidah, 2002), Malangnya keberkesanan latihan yang dilaksanakan melalui program tertentu tidak dapat disahkan kerana amalan penilaian terhadap program latihan dibuat dengan cara yang formal tetapi tidak sistematik dan komprehensif (Shamsuddin, 1998). Maka terdapat perbezaan diantara model yang disyorkan didalam literatur dengan amalan penilaian latihan yang digunakan oleh agensi latihan Tujuan Kertas Projek Kertas projek ini merupakan perancangan kajian penilaian terhadap program latihan yang dikendalikan oleh BTN Cawangan Negeri Kelantan berkaitan dengan kenegaraan dan kepimpinan dikalangan mahasiswa intitusi pengajian tinggi awam dan swasta di Kelantan. Kajian ini menggunakan Model Penilaian Kirtpatrick (1998) melalui Penilaian Empat Tahap iaitu tahap reaksi, pembelajaran, perlakuan dan keberhasilan Kajian ini dibuat dengan menggunakan data sekunder dan primer, iaitu borang soal selidik keatas 59 orang mahasiswa dan ahli jawatankuasa Majlis...

Words: 3840 - Pages: 16

Free Essay

Quality

...PENILAIAN PENGIKTIRAFAN PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH BERDASARKAN TOTAL QUALITY FAST TRACK MODEL (TQFTM) untuk: Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) SDN. Tarikh Penilaian : 1 & 3 Jun 2011 Penilai : Dr. Mohd. Azman Idris En. Safuan Idris En. Idrus Ali Pn. Faizah Baba Pn. Aliza Zainal Munir Disediakan oleh; PUSAT PENGURUSAN KUALITI & PERUSAHAAN, SIRIM Berhad Segala maklumat yang terkandung dalam laporan ini adalah milik penuh SIRIM Berhad dan merupakan maklumat komersial yang khusus untuk UNITEN.  (17 Jun 2011) SIRIM Berhad Penggunaan atau pendedahan segala maklumat adalah tertakluk kepada perkara yang dinyatakan di muka surat hadapan dokumen ini PENGENALAN Penilaian Pengiktirafan Pengurusan Kualiti Menyeluruh berdasarkan Total Quality Fast Track Model (TQFTM) dilaksana pada 1 Jun 2011 di Kolej Pengurusan Perniagaan & Perakaunan (COBA) di UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Bandar Muadzam Shah, Pahang, manakala pada 3 Jun 2011, penilaian dilaksanakan di UNITEN Kampus Putrajaya bagi Bahagian Pengurusan Universiti, Kolej Kejuruteraan, IT dan Asas & Pengajian Am. Penilaian bertujuan untuk mengenalpasti amalan dan pelaksanaan di UNITEN berbanding kriteria penilaian TQFTM sebelum UNITEN dianugerahkan dengan sijil TQFTM SIRIM Berhad. Hasil penilaian ini juga akan membantu UNITEN mengenalpasti ruang - ruang peningkatan dalam pengurusan kualiti operasi keseluruhan organisasi untuk membantu UNITEN dalam usaha yang berterusan ke arah...

Words: 3398 - Pages: 14

Free Essay

School

...STPM/S946 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENGAJIAN PERNIAGAAN Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh Sukatan pelajaran ini digunakan mulai sesi 2012/2013 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu. 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” 2 PRAKATA Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan yang baharu ini digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan sedia ada yang telah digunakan semenjak peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun 1999. Sukatan pelajaran yang baharu ini akan mula digunakan pada tahun 2012. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun tersebut akan menjadi peperiksaan pertama yang menggunakan sukatan pelajaran ini. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan ini mengambil kira perubahan yang hendak dilakukan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia terhadap sistem peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan...

Words: 8603 - Pages: 35

Free Essay

Kick

...Pengajian Perniagaan saya dan empat rakan saya telah menjalankan kajian di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Pitas. Hospital ini merupakan sesebuah organisasi berasaskan perkhidmatan iaitu dengan memberi bantuan perubatan kepada pelanggan. Semua pesakit akan diberikan keutamaan dan layanan sebaik mungkin. Hospital Pitas mencuba sedaya upaya bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti agar semua penduduk di daerah ini dapat hidup dalam keadaan yang sihat dan cegas. Dengan keluasan sebanyak 10.5 hektar hospital ini dapat menampung jumlah pesakit yang banyak. Kami menjalankan kajian di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Pitas dibawah tajuk Pengorganisasian dan Kepimpinan di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Pitas. Dalam kes kecemasan keadaan kes yang teruk seperti kemalanggan akan diberikan keutamaan terlebih dahulu berbanding dengan kes yang kurang kritikal. Unit Kecemasan dan Trauma ini akan berkhidmat dalam masa 24 jam sehari. Dalam Unit Kecemasan dan Trauma ini, semua kes yang dirujuk akan diiringi oleh jururawat, penolong pegawai perubatan mengikut kes yang berlaku. Bagi kes kecemasan yang belum stabil, jururawat dan penolong pegawai perubatan akan menstabilkan dahulu pesakit tersebut sebelum dihantar ke unit yang lain di hospital. Tujuan kami menjalankan kajian ini adalah untuk mengenalpasti reka bentuk, menjelaskan proses pengorganisasian, mengkaji konsep pengorganisasian dan menerangkan gaya kepimpinan pemimpin tertinggi Unit Kecemasan dan Trauma di Hospital...

Words: 5536 - Pages: 23

Free Essay

Pengurusan Dan Pentadbiran

...TEORI ORGANISASI DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN SOALAN 2 Bincangkan sejauh mana penggunaan politik dalam organisasi boleh dilakukan tanpa melampaui batas etika sebagai individu/ ahli organisasi. Berdasarkan perbincangan tersebut, cadangkan dua tindakan politik yang boleh dilakukan oleh guru/ pentadbir di sekolah bagi membolehkan anda mempunyai kekuatan mempengaruhi dalam organisasi dan berpeluang memperolehi kenaikan pangkat yang cepat. Jawapan anda perlu berdasarkan perbincangan politik yang dibincangkan di dalam kelas. ................................................................................................................................................... ORGANISASI DAN TEORI Sebelum perbincangan ini dikupas dengan lebih lanjut, marilah kita memahami terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan organisasi. Mengikut Kamus Dewan edisi empat, organisasi bermaksud kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), tersusun dgn baik dan rapi: dan mengikut kamus pelajar pula organisasi boleh didefinisikan sebagai susunan berbagai-bagai bahagian (orang dsb) yg bersistem dlm sesuatu pertubuhan, perbadanan dan sebagainya serta mempunyai tujuan tertentu. Di sini bolehlah dihuraikan sebagai sekumpulan manusia yang berkongsi matlamat. Misalnya sebuah organisasi di sekolah yang terdiri daripada pihak pengurusan, guru-guru, staf sokongan dan murid-murid yang...

Words: 3729 - Pages: 15

Free Essay

Report

...dimana syarikat ini adalah syarikat pengurusan dana. NorthPoint Large-Cap yang berada di bawah NorthPoint Group telah banyak melaburkan dananya dalam syarikat-syarikat seperti ExxonMobil, General Motors, McDonald’s, 3M, dan lain-lain. Walaupun bursa saham telah menurun sejak 18 bulan terakhir, NorthPoint Large-Cap telah menunjukkan prestasi yang baik. Kimi Ford sedang mengkaji dan mempertimbangkan sama ada untuk melabur di sebuah perusahaan besar iaitu Nike. Ford membuat pertimbangan terhadap data syarikat yang dinyatakan di dalam laporan fiskal tahun 2001. Walaupun pengurusan Nike ditangani beberapa isu yang menyebabkan penurunan dalam jualan pasaran dan harga saham, pengurusan mendedahkan satu rancangan untuk memperbaiki prestasi supaya menjadi lebih baik. Pihak ketiga juga menjadi sumber untuk memberikan pendapat sama ada saham itu merupakan pelaburan yang kukuh ataupun tidak. Justeru, Kos Modal Purata Berwajaran (WACC) dapat melihat pelaburan yang memaksimumkan nilai syarikat. WACC adalah kadar (dinyatakan sebagai peratusan, seperti faedah) bahawa syarikat dijangka untuk membayar kepada pemegang hutang (kos hutang) dan pemegang saham (kos ekuiti) untuk membiayai asetnya. Ia adalah pulangan minimum yang syarikat perlu terima atas aset asas sedia ada untuk memenuhi pemiutang, pemilik dan pembekal modal lain. Syarikat mengumpul wang dari beberapa sumber seperti ekuiti biasa, waran, liabiliti pencen, opsyen saham eksekutif, subsidi kerajaan, dan sebagainya. Sekuriti berlainan dijangka...

Words: 809 - Pages: 4